Thursday, December 17, 2009
Tahun baru datang lagi. Alhamdulilah panjang lagi umur mama. Semoga tahun baru ini mama dapat lagi keberkatan dan semoga ALLAH panjangkan umur mama, suami dan anak2 mama dalam keadaan sihat walafiat. Jauhkan kami dari sebarang penyakit yang memudaratkan. Murahkan rezeki. Terangkan dan lembutkan hati anak2 mama supaya mudah belajar. Jauhkan mama dan keluarga dari sifat hasad dan dengki dan dari org2 yg bersifat hasad dan dengki. Kuatkan iman mama dan anak2 mama. Jauhkan kami dari fitnah dajal dan berikan kekuatan kepada mama untuk mengharungi setiap dugaan.
Terima kasih dan bersyukur kerana mama depertemukan dengan Syida yang byk memberi mama semangat dan mama harap semoga perkenalan ini akan kekal sehingga akhir hayat mama. Syida banyak memberi mama kekuatan dalam menangani anak istimewa seperti Adam. Walaupun Adam masih belum disahkan sebagai anak autistic tapi Syida telah membuka mata mama betapa anak seperti ini terlalu berharga untuk dinilai. Biar apapun tanggapan orang terhadap anak mama, mama tetap berbangga dgn anak2 mama. setiap hari ada sahaja kerenah dan keletah yang dilakukan Adam. 2 hari lepas Adam cuba buat teh utk kami. Dalam senyap uncang teh dimasukkan kedalam jag yang berisi air. Mama ingat papa yang buat la... rupa2nya Adam. Cuma x masukkan gula jek. Hari ini Adam cuba membasuh seluarnya yang terkena najis. Walaupun Adam x becakap mama tetap x pakaikan pampers supaya dia tahu sendiri apa yang perlu dia lakukan kalau terasa nak buang air. Mungkin dia biasa tgk mama cuci spender Adam yang terkena najis dlm toilet bowl.. Hari ni Adam cuba basuh sendiri dengan merendamkan spendernyer.... Nasib baik mama perasan. Kalau x mau tersumbat toilet bowlnyer. Dan mama belajar tidak memarahi Adam dan biar Adam tgk yang spender itu perlu diberus dan tidak mustahil satu hari Adam akan buat. Walaupun Adam dan Alif kembar... namun sikap yang amat berbeza. Mungkin sebab Alif dah pandai berfikir. Minta2 Adam akan mengikuti jejak Alif. Lambat pun x apa. dan dr blog Syida jugalah mama belajar mcmana nk handle anak seperti Adam. Thank Syida.
Bermula tahun ini juga mama akan menjadi suri rumah tangga sepenuh masa. Thn lepas mama mengajar kindy , jadi kebanyakan masa mama tertumpu pd kerja2 kindy. Tahun ni mama nk cuba menjadi surirumah tangga sepenuh masa. Walaupun org kata kalau kita dh biasa kerja susah nk dok saja jek... Mungkin betul. Sementara menunggu twin balik kindy akan mama cuba isikan masa terluang. Mama blh mulakan dengan menghabiskan buku2 cerita yang mama beli.
Labels: Myself
sorry baru tau kisah ur boys,,
Tapi mella yakin k' intan mama yg kuat n tabah. klu tak, takkan nama blog pun proudtobeamama kan :)
btw citer pasal Autism, kakak angkat mella dlu pernah jd private teacher kpd 2beradik Autism. Dia kata sikap diorng nampak acuh x acuh n buat hal sendiri, tapi sebenarnya otak diorang lagi cerdik berbanding budak2 biasa seumur diorg..
mella tgk twinz bdk2 yg cerdik n aktif kan,, tgk kat pic pun diorg bedua nampak rapat each other..sweet je tgk :)
smoga anak2 kita menjadi anak2 yg membanggakan kelak.. Amin ☻
bundamella-thanks utk kata2 smgt mella.