Monday, December 21, 2009

Pelbagai ragam...

Coretan Pertama: 

Papa turun ke bawah. Tiba2 terbau sesuatu yang tidak menyenangkan. Terdetik di hati papa "Alamak ni mcm bau gas jek". Tak lain ni mesti ada org buat projek kt dapur ni...Adam dah pandai buka tombol dapur gas. Ni mesti Adam dah mati akal dah ni sebabnya mama baru jek kemas dapur. Alihkan peti ais supaya Adam tak lagi memanjat kabinet dapur. Nasib baik papa perasan. Kesudahannya terpaksalah cabut tombol dapur mama tu. Mcm cerita Mr. Bean pulak. Tapi Mr. Bean cabut tombol pintu.





Coretan Kedua:

Hari ni Twin ada appointment dengan speech therapist di PPUM. Selesai terapi, kami singgah lunch kat restoran nasi padang di Tmn Dato' Harun. Memang best giler. Ye lah tgh lapar kan. Selesai lunch, perut dh kenyang, balik rumah ler. Papa pun nk masuk kerja semula. On the way balik mama baru tersedar yang mama cuma ada sebelah saja sandal mama. Yang lagi sebelah mesti tertinggal masa nak naik keta kat restoran tadi. Phew... kenyang punya pasal, sandal sebelah tertinggal pun tak perasan. Dan seingat mama, ini bukan kali pertama buat mama. Sebabnya mama suka buka kasut/sandal waktu dalam kereta. Senang boleh bersia dalam kereta. Tak apalah sandal murah jek. Anggap ajelah jodoh dah tak ada.

Coretan ketiga:


Mama ni seorang yang rabun dan memakai cermin mata. Tapi di rumah pun mama selesa ber contact lens. Mudah. Lagi dengan anak2 yang lasak. Cuma bila nak masuk tidur baru mama tukar ke cermin mata. Sebelum tidur mama suka online. Tapi hari ni juga cermin mata mama dah patah dua. Siapa yang buat??? Ntah ler. Kakak kata Adam. biarlah dah nak patah kan nak buat mcmana.

Saturday, December 19, 2009

Jumpa kawan lama

Cuti umum semalam mama amik peluang jemput kawan lama mama ngan papa. Masa kami keje di City Link Express, Shah Alam (HQ). Disitulah mama bertemu jodoh dgn papa.

Jemput Kak Afida dan Adik Wan. Dari last week lagi jemput Kak Fida dtg rumah. Kak fida ni masih setia berkhidmat  dengan City Link. Agaknya nak pencen kat sana kot.  Adik Wan pulak mengajadi SK Sijangkang. Dh 5 thn berkhidmat di sana. Kebetulan Adik Wan pun baru mendirikan rumahtangga. Mama pun blm berkenalan lg dengan suami Adik Wan.  Pukul 2 Kak Fida call bgtahu nk dtg. Apalagi masa benda paing senang lah.. Bihun goreng dan  menu lain pulak mama buat popiah goreng dan papa buat bubur kacang. Yelah tetamu istimewa datang. Nak masak yg special x sempat plak. Lain kali datang rumah mama, mama masak yang special pulak.



Ni popia goreng mama;-

Inti:

1/2 biji sengkuang
1 biji lobak merah
Segenggam taugeh
* semua bhn diatas di potong halus
Sedikit udang kering yang ditumbuk

* Tumis udang kering. Masukkan sedikit garam. Kemudian masukkan sengkuang dan lobak merah. goreng hingga masak dan akhir sekali masukka taugeh.
* Akhir sekali gulung bahan-bahan tadi dengan kulit popiah.

Mudahkan.

Perjumpaan kani berakhir hampir pukul 11 malam. banyak betul benda nak diceritakan. Anyway mama ucapkan berbanyak terima kasih kepada Kak Fida dan Adik Wan kerana sudi datang ke rumah mama. Harap2 x serik. Dan kepada suami Adik Wan, Zaki. Terima Kasih dan mama doakan semoga bahagia.

Tak lupa jugak buat Asrul yang sudi juga ke rumah mama dengan sikecik Hafiz. Kebetulan isteri Asrul gi outstation, tu yang jemput Asrul makan kat rumah.

Thursday, December 17, 2009

Tahun baru datang lagi. Alhamdulilah panjang lagi umur mama. Semoga tahun baru ini mama dapat lagi keberkatan dan semoga ALLAH panjangkan umur mama, suami dan anak2 mama dalam keadaan sihat walafiat. Jauhkan kami dari sebarang penyakit yang memudaratkan. Murahkan rezeki. Terangkan dan lembutkan hati anak2 mama supaya mudah belajar. Jauhkan mama dan keluarga dari sifat hasad dan dengki dan dari org2 yg bersifat hasad dan dengki. Kuatkan iman mama dan anak2 mama. Jauhkan kami dari fitnah dajal dan berikan kekuatan kepada mama untuk mengharungi setiap dugaan.

Terima kasih dan bersyukur kerana mama depertemukan dengan Syida yang byk memberi mama semangat dan mama harap semoga perkenalan ini akan kekal sehingga akhir hayat mama. Syida banyak memberi mama kekuatan dalam menangani anak istimewa seperti Adam. Walaupun Adam masih belum disahkan sebagai anak autistic tapi Syida telah membuka mata mama betapa anak seperti ini terlalu berharga untuk dinilai. Biar apapun tanggapan orang terhadap anak mama, mama tetap berbangga dgn anak2 mama. setiap hari ada sahaja kerenah dan keletah yang dilakukan Adam. 2 hari lepas Adam cuba buat teh utk kami. Dalam senyap uncang teh dimasukkan kedalam jag yang berisi air. Mama ingat papa yang buat la... rupa2nya Adam. Cuma x masukkan gula jek. Hari  ini Adam cuba membasuh seluarnya yang terkena najis. Walaupun Adam x becakap mama tetap x pakaikan pampers supaya dia tahu sendiri apa yang perlu dia lakukan kalau terasa nak buang air. Mungkin dia biasa tgk mama cuci spender Adam yang terkena najis dlm toilet bowl.. Hari ni Adam cuba basuh sendiri dengan merendamkan spendernyer.... Nasib baik mama perasan. Kalau x mau tersumbat toilet bowlnyer. Dan mama belajar tidak memarahi Adam dan biar Adam tgk yang spender itu perlu diberus dan tidak mustahil satu hari Adam akan buat. Walaupun Adam dan Alif kembar... namun sikap yang amat berbeza. Mungkin sebab Alif dah pandai berfikir. Minta2 Adam akan mengikuti jejak Alif. Lambat pun x apa. dan dr blog Syida jugalah mama belajar mcmana nk handle anak seperti Adam. Thank Syida.

Bermula tahun ini juga mama akan menjadi suri rumah tangga sepenuh masa. Thn lepas mama mengajar kindy , jadi kebanyakan masa mama tertumpu pd kerja2 kindy. Tahun ni mama nk cuba menjadi surirumah tangga sepenuh masa. Walaupun org kata kalau kita dh biasa kerja susah nk dok saja jek... Mungkin betul. Sementara menunggu twin balik kindy akan mama cuba isikan masa terluang. Mama blh mulakan dengan menghabiskan buku2 cerita yang mama beli.


~ Sinar baru, Harapan baru dan Perjuangan baru ~

Sunday, December 13, 2009

Awal Muharram 1431 Hijrah

Lagi 5 hari kita akan menyambut awal Muharram. bermakna tahun baru,` azam baru dan kekuatan baru. Mama berharap tahun yag baru nanti kehidupan kita akan bertambah baik dari tahun yang sebelumnya. Rezeki yang melimpah ruah, anak-anak mama menjadi yang terbaik. Menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Buat Puteri mama harapkan semoga belajar rajin-rajin dan jadi anak yang baik buat mama dan papa serta kakak yang terbaik buat Adam dan Alif. semoga menjadi contoh untuk adik2. Buat Adam dan Alif mama sentiasa sabar dengan karenah anak2 mama ini. Biar apa pun tanggapan orang pada anak2 mama ni, mama tak kisah dan mama takkan hiraukan. Bagi mama kalian berdua terlalu sempurna di hati mama. Mama yakin satu hari nanti segalanya akan menjadi baik.
Mama sentiasa berdoa terhadap Ilahi semoga kalian berdua dalam keadaan sihat dan itu sudah mencukupi buat mama. Mama juga pohon semoga Allah sentiasa memberi mama kekuatan dan ketabahan serta kesabaran dalam menjalani hidup bersama anak2 mama ni. Dan selagi nyawa dikandung badan dan mama kuat, mama akan terus memberi kasih sayang yang tak berbelah baginya kepada kalian semua. Setiap keletah anak2 mama lah yang menjadi kekuatan kepada mama. Mama yakin kepada Allah. DIA takkan berikan kita sesuatu melainkan DIA yakin yang kita mampu. Dan mama akan buktikan.  Buat papa,  semoga perjalanan hidup kita yang penuh ranjau dan dugaan ini akan kita harungi dengan sebaik mungkin disertakan dengan keyakinan kita kepadaNYA.

- Ya Allah, kau berikan aku kekuata dalam menempuh setiap dugaan yag kau berikan kepadaku. Dan sesungguhnya aku redha dengan ketentuanmu Ya Allah-

;;
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...