Saturday, January 24, 2009

KEMBAR KE SEKOLAH..

Setelah sebulan adam dan alif ke Tadika Priyah baru semalam 23/01/2009 dia duduk di kerusi dalam kelas mereka sendiri...
Minggu pertama suami aku terpaksa sekolah sekali dengan anak2 aku ni... Minggu kedua juga sama..... Aduh.. aku risau betul kalau principal tadika tu tolak anak2 aku.. tak sanggup amik mereka.. Macam2 hal berlaku dengan mereka yang masih belum boleh bercakap... kacau murid kelas lain, kacau guru2 lain sdg mengajar, permainkan principal tadika tu... Nasib baik principal seorang yang berpengalaman... Principal ni sanggup amik challenge ajar kembar aku.... Aku cukup berbangga dengan beliau Mrs Segaran (Tadika Priyah) dan terima kasih banyak2 dan aku amat menghargai kesabaran beliau dan guru2 lain kerana sbar dengan karenah kembar aku....

Letih... dan seronok melayan kerenah bebudak umur 5 thn.. ada yg cerdik, ada yg manja, ada yg slow dan ada yg pelat.... tp aku teacher yang tegas...... seminggu mengajar suara aku hampir2.. hilah dek kerana menjerit... awal tahun biarkan mereka dgr jeritan... Insyaallah aku hrp semua anak2 aku x pyh kena jerit mesti faham... baru sebulan bersama-sama dengan Suffiah, Maryam, Balqis, Nida, Raudhah, Nurin, Muaz, Ammar, Danial, Rizq, Haziq, A'zam dan Iqmal...... aku dh rasa rapat dgn mereka semua.... Teacher pun kuat merajuk tau..... mcm2 cerita aku dengar pasal ultramanlah.. pergi mandi pantai lah... mandi kolam lah.....
Aku dpt offer kerja lain dengan gaji lebih besar aku tolak sebab aku sayangkan anak2 tadika aku.... Aku akan terus mendidik mereka dari x kenal abc sehingga boleh membaca.... dari yang x blh mengira 123 hingga boleh buat 1 + 1=2... Dari guru tadika lah sebenarnya kita semua boleh sampai ke universiti dan dapat kerja bagus... Tanpa jerih guru tadika mmg ramai yang x reti membaca dan guru tadika jugaklah yang memberi pengenalan alam sekolah pd awalnya.... Dan kini aku bangga menjadi guru tadika.... Apabila orang tanya u kerja apa.. dengan bangga aku menjawab Guru Tadika.....

;;
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...