Saturday, December 19, 2009

Jumpa kawan lama

Cuti umum semalam mama amik peluang jemput kawan lama mama ngan papa. Masa kami keje di City Link Express, Shah Alam (HQ). Disitulah mama bertemu jodoh dgn papa.

Jemput Kak Afida dan Adik Wan. Dari last week lagi jemput Kak Fida dtg rumah. Kak fida ni masih setia berkhidmat  dengan City Link. Agaknya nak pencen kat sana kot.  Adik Wan pulak mengajadi SK Sijangkang. Dh 5 thn berkhidmat di sana. Kebetulan Adik Wan pun baru mendirikan rumahtangga. Mama pun blm berkenalan lg dengan suami Adik Wan.  Pukul 2 Kak Fida call bgtahu nk dtg. Apalagi masa benda paing senang lah.. Bihun goreng dan  menu lain pulak mama buat popiah goreng dan papa buat bubur kacang. Yelah tetamu istimewa datang. Nak masak yg special x sempat plak. Lain kali datang rumah mama, mama masak yang special pulak.



Ni popia goreng mama;-

Inti:

1/2 biji sengkuang
1 biji lobak merah
Segenggam taugeh
* semua bhn diatas di potong halus
Sedikit udang kering yang ditumbuk

* Tumis udang kering. Masukkan sedikit garam. Kemudian masukkan sengkuang dan lobak merah. goreng hingga masak dan akhir sekali masukka taugeh.
* Akhir sekali gulung bahan-bahan tadi dengan kulit popiah.

Mudahkan.

Perjumpaan kani berakhir hampir pukul 11 malam. banyak betul benda nak diceritakan. Anyway mama ucapkan berbanyak terima kasih kepada Kak Fida dan Adik Wan kerana sudi datang ke rumah mama. Harap2 x serik. Dan kepada suami Adik Wan, Zaki. Terima Kasih dan mama doakan semoga bahagia.

Tak lupa jugak buat Asrul yang sudi juga ke rumah mama dengan sikecik Hafiz. Kebetulan isteri Asrul gi outstation, tu yang jemput Asrul makan kat rumah.

2 Comments:

  1. Syahida said...
    intan, cam kebetulan plak kita berdua cerita pasal makanan kat blog. i baru je pos entri baru...tgk2 u citer psl popia :-)
    Ika Iskandar said...
    Intan,aq plk mimpi jumpa ko mlm td...bukak blog ko,tgk2 ko ade entry jumpa kawan lama..Hehe...

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...