Tuesday, March 29, 2011

SK Seksyen 20

Hari ni di jumpa cikgu pra sekolah bhgn pendidikan khas di SK Seksyen 20. Antara syarat kemasukan ditemuduga dulu. Waima pun kena tunggu jika ada kekosongan. Harapan semoga ada rezeki untuk Adam.

Wednesday, March 23, 2011

LIMO 2549

Inilah mata pencarian keluarga kami... Papa seorang pemandu LIMO 2549. Alhamdulillah.. rezeki ada dimana-mana asalkan kita usaha dan yang penting halal.

Sunday, March 20, 2011

DEMAM!!!!!!!!

Apabila seorang ibu demam, maka tergendalalah semua kerja2 rumah. Dan bertongkang pecahlah rumah buat sementara waktu. Musibah kecil ini untuk dosa2 yang lampau. Aku redha dan bersyukur dengan ujian ALLAH. Harapan semua berjalan dengan lancarnya.

InsyaALLAH...

Thursday, March 17, 2011

Permulaan 2011

Sudah hampir 9 bln aku x update blog ni. Sampai pasword pun dah lupa. Renew password baru. Kalau mengandung dah bersalin pun.  Tangan dah gatal nak update, masa tidak mengizinkan. Masa??? Apa lah nak salahkan masa, kita yang kena rancang masa kita sendiri. Tak pandai lagi mungkin merancang masa. Kelam kabut lagi. Akan diubah dari masa ke semasa.
Cerita terbaru.... ceciter...ceciter.. (pinjam cerita Hantu Kak Limah). Pada 12-14 Mac 2011, Hari Keluarga Dana Ismail diadakan di Ancasa Hotel And Spa, Port Dickson. Keluarga kami yang ramai sudah kasi gegar Ancasa, PD. Ye lah masa ni ler nak berjumpa antara adik beradik, ibu dan bapa sedara dengan anak2 sedara, sepupu, dua pupu, 3 pupu, kupu2, antara atuk dan cucu serta tok nyang dan cicit. Macam2 acara berlaku.
Dapatlah berkumpul. Waktu hari raya pun tak dapat jumpa semua. Masing2 ada keluarga masing2. Yang balik belah mertuanya lain dan yang tak dapat cuti nye lain. Jadi masa ni semua dipaksa cuti. Padan muka semua orang termasuk aku ler. Lupa lak aku tak kerja.
Antara acara kebiasaan, buat bacaan yasiin dan tahlil, Mesyuarat Agung Tahunan, Sukaneka, Sessi karaoke, Dinner dan penyampaian hadiah. Dan acara paling best makan ler apa lagi.

 Inilah keluarga besar kami

Aktiviti kekeluargaan kami yang lain apalagi SUKANEKA. Mcm biasa mesti ada yang x puas hati, bangkang membangkang sampai mabuk dan muntah2 dibuatnya Uncle Kamal mlm tu. Rileks Uncle Kamal, x bangkang x fun tau. Itu yang paling bestnyer. 


Anak dara ni sempat  berposing tau sementara tunggu wisel bunyi.

Adam tergaru-garu. Kena gigit nyamuk kot






Lmbt tol nk mandi swimming pool ni. Balik bilik sambung tidor pun sodap.

Phew!!! Bila nk mula ni. Dh berdebar dah ni.

Apa-apa pun mama jek yg paling bersemangat.

Adam.. kita blah nk dr sini. Gi mandi swimming pool.

Best ni kenduri

Ambik semua jek Alif.. lepas ni kita gi kenduri kt ujung padang.

Orange Colour Only!!

Cari Mama

Alif wuz here

Underneath pokok kelapak!!





Last but not least.... Dapatlah bwk balik sebuah beg Swiss Polo by Pn. Zuraidah. Hadiah Bonanza 'keetle' yang sungguh cantik dan comel. Sayang rasanya nk guna. Dan hadiah2 lain dr sukaneka. Yang penting dapat 3rd prize acara sherasi bersama. Kami jek pasangan suami isteri yang 1st place dan 2nd place tu pasangan adik beradik. 
Anyhow... buat semua ahli Dana Ismail, apa yang penting kerjasama dan tali silaturrahim kita akan berkekalan. Renung2kan dan selamat beramal. See U next Year 2012. agios!!

;;
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...