Tuesday, March 29, 2011

SK Seksyen 20

Hari ni di jumpa cikgu pra sekolah bhgn pendidikan khas di SK Seksyen 20. Antara syarat kemasukan ditemuduga dulu. Waima pun kena tunggu jika ada kekosongan. Harapan semoga ada rezeki untuk Adam.

Wednesday, March 23, 2011

LIMO 2549

Inilah mata pencarian keluarga kami... Papa seorang pemandu LIMO 2549. Alhamdulillah.. rezeki ada dimana-mana asalkan kita usaha dan yang penting halal.

Sunday, March 20, 2011

DEMAM!!!!!!!!

Apabila seorang ibu demam, maka tergendalalah semua kerja2 rumah. Dan bertongkang pecahlah rumah buat sementara waktu. Musibah kecil ini untuk dosa2 yang lampau. Aku redha dan bersyukur dengan ujian ALLAH. Harapan semua berjalan dengan lancarnya.

InsyaALLAH...

Thursday, March 17, 2011

Permulaan 2011

Sudah hampir 9 bln aku x update blog ni. Sampai pasword pun dah lupa. Renew password baru. Kalau mengandung dah bersalin pun.  Tangan dah gatal nak update, masa tidak mengizinkan. Masa??? Apa lah nak salahkan masa, kita yang kena rancang masa kita sendiri. Tak pandai lagi mungkin merancang masa. Kelam kabut lagi. Akan diubah dari masa ke semasa.
Cerita terbaru.... ceciter...ceciter.. (pinjam cerita Hantu Kak Limah). Pada 12-14 Mac 2011, Hari Keluarga Dana Ismail diadakan di Ancasa Hotel And Spa, Port Dickson. Keluarga kami yang ramai sudah kasi gegar Ancasa, PD. Ye lah masa ni ler nak berjumpa antara adik beradik, ibu dan bapa sedara dengan anak2 sedara, sepupu, dua pupu, 3 pupu, kupu2, antara atuk dan cucu serta tok nyang dan cicit. Macam2 acara berlaku.
Dapatlah berkumpul. Waktu hari raya pun tak dapat jumpa semua. Masing2 ada keluarga masing2. Yang balik belah mertuanya lain dan yang tak dapat cuti nye lain. Jadi masa ni semua dipaksa cuti. Padan muka semua orang termasuk aku ler. Lupa lak aku tak kerja.
Antara acara kebiasaan, buat bacaan yasiin dan tahlil, Mesyuarat Agung Tahunan, Sukaneka, Sessi karaoke, Dinner dan penyampaian hadiah. Dan acara paling best makan ler apa lagi.

 Inilah keluarga besar kami

Aktiviti kekeluargaan kami yang lain apalagi SUKANEKA. Mcm biasa mesti ada yang x puas hati, bangkang membangkang sampai mabuk dan muntah2 dibuatnya Uncle Kamal mlm tu. Rileks Uncle Kamal, x bangkang x fun tau. Itu yang paling bestnyer. 


Anak dara ni sempat  berposing tau sementara tunggu wisel bunyi.

Adam tergaru-garu. Kena gigit nyamuk kot






Lmbt tol nk mandi swimming pool ni. Balik bilik sambung tidor pun sodap.

Phew!!! Bila nk mula ni. Dh berdebar dah ni.

Apa-apa pun mama jek yg paling bersemangat.

Adam.. kita blah nk dr sini. Gi mandi swimming pool.

Best ni kenduri

Ambik semua jek Alif.. lepas ni kita gi kenduri kt ujung padang.

Orange Colour Only!!

Cari Mama

Alif wuz here

Underneath pokok kelapak!!





Last but not least.... Dapatlah bwk balik sebuah beg Swiss Polo by Pn. Zuraidah. Hadiah Bonanza 'keetle' yang sungguh cantik dan comel. Sayang rasanya nk guna. Dan hadiah2 lain dr sukaneka. Yang penting dapat 3rd prize acara sherasi bersama. Kami jek pasangan suami isteri yang 1st place dan 2nd place tu pasangan adik beradik. 
Anyhow... buat semua ahli Dana Ismail, apa yang penting kerjasama dan tali silaturrahim kita akan berkekalan. Renung2kan dan selamat beramal. See U next Year 2012. agios!!

Monday, June 7, 2010

Bersawang lagi blog...

Terlalu lama aku x update.... Sibuk sedikit ..... Tahun 2010 pun aku dah tak mengajar di tadika... Aku tak boleh beri komitmen sepenuhnya. Kesian pada guru-guru lain yang terpaksa cover kerja aku... Dah adat x pnh dok diam...

Kini setiap pagi aku mengajar rakan-rakan mama mengaji. Sementara menunggu twin balik dari sekolah aku mengajar seramai 7 orang makcik-makcik mengaji. Alhamdulillah... rezeki datang... Waktu petang mcm biasa ajar Fatimah ngaji.... Malam pulak ajar anak2 jiran mengaji... Dari x ada buat apa-apa, boleh aku berikan ilmu pada anak2 jiran,,, Alhamdulillah. Anak2 pun aku dpt berikan tumpuan.

Sekarang ni pun twin Sebulan 3 kali terapi. Aku pun nk tumpukan perhatian pada mereka. So far Alhamdulillah byk juga perubahan pada twin aku... Aku harapkan semoga Adam dan Alif dapat ke sekolah seperti budak biasa. Itu harapan ku.....

Monday, December 21, 2009

Pelbagai ragam...

Coretan Pertama: 

Papa turun ke bawah. Tiba2 terbau sesuatu yang tidak menyenangkan. Terdetik di hati papa "Alamak ni mcm bau gas jek". Tak lain ni mesti ada org buat projek kt dapur ni...Adam dah pandai buka tombol dapur gas. Ni mesti Adam dah mati akal dah ni sebabnya mama baru jek kemas dapur. Alihkan peti ais supaya Adam tak lagi memanjat kabinet dapur. Nasib baik papa perasan. Kesudahannya terpaksalah cabut tombol dapur mama tu. Mcm cerita Mr. Bean pulak. Tapi Mr. Bean cabut tombol pintu.





Coretan Kedua:

Hari ni Twin ada appointment dengan speech therapist di PPUM. Selesai terapi, kami singgah lunch kat restoran nasi padang di Tmn Dato' Harun. Memang best giler. Ye lah tgh lapar kan. Selesai lunch, perut dh kenyang, balik rumah ler. Papa pun nk masuk kerja semula. On the way balik mama baru tersedar yang mama cuma ada sebelah saja sandal mama. Yang lagi sebelah mesti tertinggal masa nak naik keta kat restoran tadi. Phew... kenyang punya pasal, sandal sebelah tertinggal pun tak perasan. Dan seingat mama, ini bukan kali pertama buat mama. Sebabnya mama suka buka kasut/sandal waktu dalam kereta. Senang boleh bersia dalam kereta. Tak apalah sandal murah jek. Anggap ajelah jodoh dah tak ada.

Coretan ketiga:


Mama ni seorang yang rabun dan memakai cermin mata. Tapi di rumah pun mama selesa ber contact lens. Mudah. Lagi dengan anak2 yang lasak. Cuma bila nak masuk tidur baru mama tukar ke cermin mata. Sebelum tidur mama suka online. Tapi hari ni juga cermin mata mama dah patah dua. Siapa yang buat??? Ntah ler. Kakak kata Adam. biarlah dah nak patah kan nak buat mcmana.

Saturday, December 19, 2009

Jumpa kawan lama

Cuti umum semalam mama amik peluang jemput kawan lama mama ngan papa. Masa kami keje di City Link Express, Shah Alam (HQ). Disitulah mama bertemu jodoh dgn papa.

Jemput Kak Afida dan Adik Wan. Dari last week lagi jemput Kak Fida dtg rumah. Kak fida ni masih setia berkhidmat  dengan City Link. Agaknya nak pencen kat sana kot.  Adik Wan pulak mengajadi SK Sijangkang. Dh 5 thn berkhidmat di sana. Kebetulan Adik Wan pun baru mendirikan rumahtangga. Mama pun blm berkenalan lg dengan suami Adik Wan.  Pukul 2 Kak Fida call bgtahu nk dtg. Apalagi masa benda paing senang lah.. Bihun goreng dan  menu lain pulak mama buat popiah goreng dan papa buat bubur kacang. Yelah tetamu istimewa datang. Nak masak yg special x sempat plak. Lain kali datang rumah mama, mama masak yang special pulak.



Ni popia goreng mama;-

Inti:

1/2 biji sengkuang
1 biji lobak merah
Segenggam taugeh
* semua bhn diatas di potong halus
Sedikit udang kering yang ditumbuk

* Tumis udang kering. Masukkan sedikit garam. Kemudian masukkan sengkuang dan lobak merah. goreng hingga masak dan akhir sekali masukka taugeh.
* Akhir sekali gulung bahan-bahan tadi dengan kulit popiah.

Mudahkan.

Perjumpaan kani berakhir hampir pukul 11 malam. banyak betul benda nak diceritakan. Anyway mama ucapkan berbanyak terima kasih kepada Kak Fida dan Adik Wan kerana sudi datang ke rumah mama. Harap2 x serik. Dan kepada suami Adik Wan, Zaki. Terima Kasih dan mama doakan semoga bahagia.

Tak lupa jugak buat Asrul yang sudi juga ke rumah mama dengan sikecik Hafiz. Kebetulan isteri Asrul gi outstation, tu yang jemput Asrul makan kat rumah.

;;
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...