Monday, March 16, 2009
After almost a month hubby stay kat kindergarten my twinz..... now.. x payah tunggu sampai sekolah melompat dia turun dah x pandang kiri kanan.... heheh baru dia tahu seronok nyer gi sekolah..... tapi nengok berpoloh gak ler cikgu2 kat situ... skrg ni principal tu dh hired satu cikgu khas utk twinzzzzzzz.... X kisah ler janji dia sekolah.....
Anak2 ku di dalam kelas.... Bersungguh sungguh... teacher garang tau!!@!!!!
Dari Tadika Mawaddah kini bertukar ke Tadika Gapai Impian..... Mari sini teacher nak perkenalkan anak2 teacher yang cute dan comey.....
Ini antara anak2 teacher.... From left Balqis, Nida, A'zam, Nurin, Haleef (transfer to Ummi's class), Adib (transfer to Ummi's class), Mior Danial (transfer to Ummi's class), Ayuni and Iqmal. Ini first week of school.. Most of my student ada kat bwh... Hehe tgh nangis lg..... And this is Rizq.... Only 2 mths with me... the mommy transfered to Qdees.... Really miss him.....
Betul ler cik eiyra blog kita dh bersawang.... Nak kata penat sgt sampai x blh update blog pun x jugak ler... just since PUTERI dh tutup connection ngan internet ni ada kureng sikit.... Nak kena gi seksyen 7... This week dh start school holiday.. so ada lah buat part time kat sek 7 ni.... biasalah cari duit lebih... Sambil ajar budak ngaji blh sambung kerja kat sini......
Saturday, January 24, 2009
Setelah sebulan adam dan alif ke Tadika Priyah baru semalam 23/01/2009 dia duduk di kerusi dalam kelas mereka sendiri...
Minggu pertama suami aku terpaksa sekolah sekali dengan anak2 aku ni... Minggu kedua juga sama..... Aduh.. aku risau betul kalau principal tadika tu tolak anak2 aku.. tak sanggup amik mereka.. Macam2 hal berlaku dengan mereka yang masih belum boleh bercakap... kacau murid kelas lain, kacau guru2 lain sdg mengajar, permainkan principal tadika tu... Nasib baik principal seorang yang berpengalaman... Principal ni sanggup amik challenge ajar kembar aku.... Aku cukup berbangga dengan beliau Mrs Segaran (Tadika Priyah) dan terima kasih banyak2 dan aku amat menghargai kesabaran beliau dan guru2 lain kerana sbar dengan karenah kembar aku....
Letih... dan seronok melayan kerenah bebudak umur 5 thn.. ada yg cerdik, ada yg manja, ada yg slow dan ada yg pelat.... tp aku teacher yang tegas...... seminggu mengajar suara aku hampir2.. hilah dek kerana menjerit... awal tahun biarkan mereka dgr jeritan... Insyaallah aku hrp semua anak2 aku x pyh kena jerit mesti faham... baru sebulan bersama-sama dengan Suffiah, Maryam, Balqis, Nida, Raudhah, Nurin, Muaz, Ammar, Danial, Rizq, Haziq, A'zam dan Iqmal...... aku dh rasa rapat dgn mereka semua.... Teacher pun kuat merajuk tau..... mcm2 cerita aku dengar pasal ultramanlah.. pergi mandi pantai lah... mandi kolam lah.....
Aku dpt offer kerja lain dengan gaji lebih besar aku tolak sebab aku sayangkan anak2 tadika aku.... Aku akan terus mendidik mereka dari x kenal abc sehingga boleh membaca.... dari yang x blh mengira 123 hingga boleh buat 1 + 1=2... Dari guru tadika lah sebenarnya kita semua boleh sampai ke universiti dan dapat kerja bagus... Tanpa jerih guru tadika mmg ramai yang x reti membaca dan guru tadika jugaklah yang memberi pengenalan alam sekolah pd awalnya.... Dan kini aku bangga menjadi guru tadika.... Apabila orang tanya u kerja apa.. dengan bangga aku menjawab Guru Tadika.....
Monday, December 15, 2008
Dah lama rasanya aku tak mengupdate blog aku ni...... Banyak sangat hal yang berlaku akhir-akhir ini...... Kini aku bergelar Guru Tadika.. Percaya atau tidak akau akan memulakan tugas pada Januari 2009. Minggu ini aku sibuk dengan persiapan menghias kelas aku... AKu akan mengajar anak-anak berumur 5 tahun... Apalah rupanya kan!!!???
Pusat Komputer Puteri aku terpaksa ditutup atas masalah-maslah yang biarlah aku sendiri yang tahu..... Begitulah kitaran hidup kan... Sekejap kita diatas dan adakalanya kita dibawah... Walaubagaimanapun aku redha dengan ketentuanNYA...... 2 tahun lebih jugak aku dan suami mengusahakan PUTERI.. tapi apakan daya sampai disitu ajelah rezeki aku dengan PUTERI.... walaubagaimanapun aku ada PUTERI yang menjadi kebanggaanku.. yang berjanji akan membahagiakan ku Puteri Aleesya Syakirah....
Biarlah yang berlau biarkan berlalu....... Aku harus meneruskan hidup demi anak-anak ku.... Mungkin ini jalan yang terbaik untuk aku dan keluarga..... we never knew right!!!
Tadika Mawaddah Seksyen 23 Shah Alam........ kini aku bersamamu.. mendidik anak-anak kecil... Mungkin tu juga jiwaku.....
Doakan kejayaanku.. Bukan sahaja dengan kerjaya baru aku ni...... Tapi juga dengan kehidupanku.. semoga aku kuat untuk menempuhi dugaan ini dan Ya ALLAH kau berikanlah aku dan suamuku kekuatan....... AMINNN









