Monday, December 15, 2008
Dah lama rasanya aku tak mengupdate blog aku ni...... Banyak sangat hal yang berlaku akhir-akhir ini...... Kini aku bergelar Guru Tadika.. Percaya atau tidak akau akan memulakan tugas pada Januari 2009. Minggu ini aku sibuk dengan persiapan menghias kelas aku... AKu akan mengajar anak-anak berumur 5 tahun... Apalah rupanya kan!!!???
Pusat Komputer Puteri aku terpaksa ditutup atas masalah-maslah yang biarlah aku sendiri yang tahu..... Begitulah kitaran hidup kan... Sekejap kita diatas dan adakalanya kita dibawah... Walaubagaimanapun aku redha dengan ketentuanNYA...... 2 tahun lebih jugak aku dan suami mengusahakan PUTERI.. tapi apakan daya sampai disitu ajelah rezeki aku dengan PUTERI.... walaubagaimanapun aku ada PUTERI yang menjadi kebanggaanku.. yang berjanji akan membahagiakan ku Puteri Aleesya Syakirah....
Biarlah yang berlau biarkan berlalu....... Aku harus meneruskan hidup demi anak-anak ku.... Mungkin ini jalan yang terbaik untuk aku dan keluarga..... we never knew right!!!
Tadika Mawaddah Seksyen 23 Shah Alam........ kini aku bersamamu.. mendidik anak-anak kecil... Mungkin tu juga jiwaku.....
Doakan kejayaanku.. Bukan sahaja dengan kerjaya baru aku ni...... Tapi juga dengan kehidupanku.. semoga aku kuat untuk menempuhi dugaan ini dan Ya ALLAH kau berikanlah aku dan suamuku kekuatan....... AMINNN
berdepan dgn bdk2 lg bagus dr berdepan dgn "si gemuk aron" ahaks!
amrul nk msk blk UAC