24 Mei 2008...
Lepas kakak abis exam... kami semua bertolak ke Perak Darul Ridzuan,... Bagi memenuhi undangan customer aku yang aku dh anggap adik aku gak....
We hit to Bota Kanan.... So we all cadang ikut jalan dalam instead on guna highway.....
Saja je.. boleh tgk kampung orang kan.....
Sesampai kami dirumah pengantin.... majlis bersanding pun baru nak mula... so kami tungguer sekejap.... melayankan majlis orang...
Korang nampak tak betapa seronoknya pengantin lelaki tu..... Kahwin ni memang seronok dik oii!!!!... Apapun kepada Fairuz dan pasangannya SELAMAT PENGANTIN BARU DAN SEMOGA BERKEKALAN KE ANAK CUCU.....
Selepas itu apalagi kami terus ke Pulau Pinang.. Bagi memenuhi undangan satu lagi di Ulu Mahang Kedah. On the way tu aku berhenti kat satu perhentian.. dah lupa lak aku... Ya Allah lalat banyak giler... Entah mana datang pun aku tak tahu.... Ini ler pertama kali aku tengok lalat yang terlalu banyak.. Masuk keter jek.. pergh bukan ramai yang mengikut.... pueh nak menghalau keluar lalat2 semua...
Kenapa ke Pulau Pinang????!!! Actually nak cari hotel kat Kulim semua dah full book.. Maklumlah cuti sekolah kan... So hubby kata kita gi jek kat Penang.. dah dekat dah pun.. Then aku book kat Georgetown.
Memandangkan mcm lama dah tak berjalan so we decide to take a ferry...... This is my second time took a ferry to Penang tau.. First time rasanya time umur aku 3 thn kot.... Lama giler kan...
Seronok kakak dapat naik feri... Buka kakak jek aku pun rasa excited semacam tau....
Pemandangan senja dari feri
Sampai Penang terus chek in kat Regal Hotel.... Hotel ini diuruskan oleh kumpul;an warga tua berbangsa cina.. boleh pangkat atuk aku pun ada tau...... Belasah jerler.... Asalkan aku anak beranak boleh tidur......
Malam keluar gi makan kat bandar Penang.. Nak makan kat gerai pun kena bayar parking 80 sen... Aku tgk 80% penduduk Penang ni memang chinese.. dan kalau ada melayu pun kebanyakan nya muka anak mami jek.... Betul ler Penang ni dah mcm Hong Kong pun ada aku tgk...
Aku: Yang saya rasa kan kalau saya tak boleh hidup ler kat Penang ni..
Hubby: Nape lak Yang????
Aku: Entah rasa macam masuk ke sebuah negara lain... Nak makan pun rasa wa-was....
Hubby: Ish.. awak ni orang lain okey jek....
Aku: Saya dah pergi byk tempat kat M'sia ni.... Kalau setakat Kelantan ke Temerloh ke (aku pergi masa Ida kawin), Kedah atau Johor ke.. rasa okey lagi kot... Tp Penang ni mcm buatkan saya rasa terhimpit...
Lepas makan bawak anak2 pergi Padang Kota.... Rasanya ini dah kali kelima aku ke Penang dan ini pertama kali aku bawak anak jalan kat Padang Kota.. sebelum ni lalu jek... Bawak bebudak main kat playground... beli kacang rebus dan air kelapa....
Diatas kelasakan alif yang melampau habis baju kotor masa main kat playground so pinjam baju kakak malam tu untuk tidur.....
GOOD NIGHT OUR JOURNEY WILL CONTINUE TOMORROW!!!