Friday, July 4, 2008



Al fatiha buat adik Aina Mardiah Binti Shahrial yang telah kembali kerahmatullah setelah koma beberapa hari.... Kasihan kerana sehingga arwah meninggal selama tujuh tahun tidak mendapat belaian kasih seorang bapa.... Buat keluarga mereka harap tabah dengan dugaan dan rakyat Malaysia bersama-sama anda......

Dan sesungguhnya ingatlah setiap perbuatan tidak kira baik atau jahat ada balasannya seperti yang dijanjika oleh ALLAH S.WT.

Dipetik dari Harakah Daily.

Anak mangsa tahanan ISA selamat dikebumikan
Salmiyah Harun
Fri | Jul 04, 08 | 6:25:09 pm MYT

HULU LANGAT, 4 Julai (Hrkh) - Jenazah anak sulung mangsa tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Shahrial Sirin, Aina Mardiah, 17, yang meninggal dunia akibat pendarahan otak selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Serai jam 11.30 pagi tadi.

Setengah jam sebelum itu, jenazah Aina disembahyangkan hampir 200 jemaah di masjid Sungai Serai kira-kira satu kilometer dari rumahnya.

Turut serta menyembahyangkan jenazah anak kesayangan Fatma Masrum itu ialah Adun Hulu Klang, Saari Sungib yang juga bekas tahanan ISA; Adun Chempaka merangkap Exco Kerajaan Negeri, Ir. Iskandar Abdul Samad; Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh dan lima orang bekas tahanan ISA.

Pengebumian Aina turut disaksikan berpuluh-puluh rakan sekolahnya dari Sek. Men. Keb. Dusun Nanding termasuk beberapa orang guru.

Sementara itu, sebaik keluar dari van jenazah, Shahrial yang masih mengenakan pakaian yang dipakai sewaktu tiba dari Kementa semalam bersama-sama ahli jawatankuasa khairat kematian menurunkan jenazah anaknya ke liang lahat.

Suasana bertambah pilu tatkala, Shahrial mencuri sedikit masa meriba, memeluk dan mencium kedua-dua anak perempuannya, Izzatul Zahrah, 12 dan Arfah, 9 sebaik sahaja jenazah kakak mereka dikebumikan.

Pelukan kasih sayang Syahrial untuk Almarhum Aina tidak kesampaian kerana dipisahkan oleh akta yang zalim; mungkin sebab itulah beliau tidak mahu melepaskan peluang meluahkan kasih sayang itu kepada dua anak perempuannya.

Fatma Masrum yang duduk di belakang suaminya ketika imam membacakan talkin, kelihatan sugul sambil memeluk dan mengusap suami tersayang yang terpisah sejak tujuh tahun lalu.

Sebaik sahaja jenazah selesai dikebumikan, pihak polis memberi sedikit kelonggaran kepada Shahrial untuk bertemu dan bersalaman dengan beberapa sahabat yang sekian lama tidak berjumpa.

Turut bersalaman dengan beliau, Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat, dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Selangor, Sany Hamzan.

Lima orang bekas tahanah ISA yang bersama-sama beliau ketika di Kemta turut bersalaman dan berpelukan dengan beliau, termasuklah jiran dan rakan-rakan beliau.

Ada yang memeluk sambil menepuk bahu beliau sambil memberi kata-kata perangsang agar beliau tabah dan bersabar dengan ujian Allah SWT.

Suasana menjadi hiba apabila kelihatan beberapa rakan beliau turut menitiskan air mata ketika memeluk Shahrial namun beliau tetap tenang dan masih tersenyum.

Anggota polis yang ditemui di tanah perkuburan memberitahu, Shahrial dibenarkan menemui keluarganya pada malam ketujuh dan esok.

Tujuh orang polis yang mengawal Shahrial membenarkan beliau balik ke rumahnya sebentar untuk menukar pakaian dan kira-kira jam 12.20 tengahari menaiki van berwarna putih ke lokasi yang tidak diketahui.

Sementara itu, kepada pembaca yang sudi membantu keluarga Almarhumah Aina Mardiah dan keluarga mangsa ISA yang lain, salurkan sumbangan anda kepada HARAKAHDAILY DOT COM, nombor akaun Maybank 564070000336




4 Comments:

  1. iMz said...
    al fatihah utk dia..semoga rohnya dicucuri rahmat..
    CRAZY BEAUTIFUL88 said...
    assalamualaikum, al fatihan moga rohnya dicucuri rahmat
    Anonymous said...
    alfatihah...moga2 ditempatkn disyurga kelak...
    kasihan... perjuangan itu mmg perlukan pengorbanan disetiap sudut!
    Jun said...
    sedihnya....semuga rohnya dicucuri rahmat selalu..

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...